Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Wawasan Pemimpin - Temerloh Ibu Negeri Pahang

Sejak tahun 1898 Kuala Lipis telah dijadikan ibu negeri Pahang bagi menggantikan Pekan. Setelah menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Pahang, Kuala Lipis membangun dengan pesat. Pusat-pusat pentadbiran seperti Bangunan Pentadbiran, Bangunan Residensi, Mahkamah dibina di Kuala Lipis. Bangunan Pejabat Daerah yang juga dikenali sebagai Bangunan Pentadbiran pada masa dahulu, kini masih terse...rgam indah di atas sebuah bukit di bandar Kuala Lipis dengan seni binanya yang unik.

57 tahun selepas itu iaitu pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang sekali lagi dipindahkan dan kali ini dari Kuala Lipis ke Kuantan. Kuantan kekal sebagai ibu negeri Pahang sehinggalah ke hari ini.

Kini setelah kita mula memasuki tahun ke 57 menjelang 2012, bagi saya wajar Temerloh pula dijadikan ibu negeri Pahang. Lokasinya yang di tengah-tengah Pahang dan menjadi titik tengah semenanjung serta menjadi penghubung kepada semua bandar-bandar utama di negeri ini, saya fikir amar wajar sekiranya Temerloh dijadikan ibu negeri Pahang yang strategik sebagai giliran selanjutnya. Ianya akan meransang ekonomi daerah Temerloh sebagai salah sebuah daerah terbesar yang memiliki jumlah penduduk sekitar 150,000 orang ini.

Dengan diwakili dua parlimen (Temerloh & Kuala Krau) dan lima dewan undangan negeri (Jenderak, Kerdau, Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan) serta 10 buah mukim (Bangau, Jenderak, Kerdau, Lipat Kajang, Lebak, Mentakab, Perak, Sanggang, Songsang dan Semantan) serta 90 JKKK, saya fikir amat wajar Temerloh dijadikan ibu negeri Pahang bagi abad ini pula.

Nak tunggu kerajaan negeri yang baru selepas PRU-13 untuk tentukan ke atau boleh jadi manisfesto kerajaan negeri baru yang bakal dipilih rakyat kelak?

(tulisan ini dipetik drpd fB ANKAD pada 27 November 2011 yg ditulis oleh Timbalan Pengerusi ANKAD Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi)

1 comments:

Unknown said...

pada pendapat saya tidak perlulah memindahkan ibu negeri pahang yang sedia ada ke temerloh atau jerantut. Ada ura yang mengatakan jika kuantan jadi bandaraya, ibu negeri pahang akan berpindah ke temerloh dan kuantan menjadi wilayah persekutuan. Bagi saya kenapa perlu kita "let go" kuantan kepada wilayah persekutuan. kita akan kehilangan daerah termaju di pahang dan banyak sumber ekonomi pahang di sana. kita akan kehilangan kuantan sebagaimana selangor hilang kuala lumpur. lagi satu, kos perpindahan pejabat2 kerajaan seperti jabatan kastam negeri, ibu pejabat polis negeri, imigeren dan banyak lagi jabatan2 kerajaan ke tempat lain sangat tinggi. saya cadangkan tingkatkan sistem jaringan yang sedia ada seperti projek jalan jerantut sungai lembing, jalan jerantut maran, jalan jerantut benta, jerantut kuala lipis dan semua sistem jaringan yang sedia ada bagi meningkatkan accessibility dari bandar ke bandar. akhir sekali, peruntukan yang besar diperlukan bagi memperbesarkan bandar2 di pahang yang sedia ada. At least satu daerah satu mall.

Post a Comment