Ulasan ahli :-
Ahmad Nizam Bin Yusof Koi dulu mase skoloh blajo ilmu hisab (keknye zaman koi matematik) dan sains dlm bahase melayu.... bile masuk pendidikan tahap ketige struggle gek koi nok wat presentation utk bidang statistics te... menyembur air lio dan bunyi agok2 seperti orang asli merungut.... keknye xpedehaje.....
Khairul Parman Zakaria Penguasaan kedua-dua bahasa penting. Bahasa Melayu di mertabatkan tetapi bahasa Inggeris tetap dipelajari. Tidak salah malah kerajaan juga mengalakkan bahasa lain, Bahasa Mandarin umpamanya. Bahasa hanyalah alat untuk berkomunikasi dan kita memahami apa yang diperkatakan. Saya berpendapat anak2 mukim Kerdau didalam pengunaan BM malah BI baik berdasarkan pengalaman saya bersekolah dahulu. Awalnya BI mungkin berterabur tetapi semangat untuk menuntut ilmu menyebabkan penguasaan lebih baik. Bak kata orang putih " Practice make you better". Ayuh Anak Kerdau buktikan kemampuan anda menguasai kedua-dua bahasa.
Mazlan Mohamed Yasin Penguasaan bahasa boleh dikuasai melalui pengaran dan pembeljaran bahasa. Mengajar bahasa melalui pengajaran matametik dan sains bukanlah satu penyelesaian untuk meningkatkan kemahiran bebahasa. Jika pelajar belum mengusai bahasa inggeris adalah menjadi masalah bagi mereka untuk belajar sains dan matematik dlm. bahasa inggeris. Bukan itu sahaja ,guru yang tidak menguasai bahasa inggeris tidak akan mampu menyampaikan pengajran dengan baik.
Ismail Tadj Dari zmn pnjajah hingga la ni, kita dok sibuk pasal BI. Haprak sgt ke BM hingga math & sc kena diinggriskn? dh abis ke ikhtiar kita utk mnjadikn BM LinguaFranca? look stupid ke kita klu berbahasa Melayu? Negara Msia, warga Msia tntu BM yg dimartabatkn. Bahasa2 lain kuasailh seberapa byk yg mmpu kmudian trjemahkn dlm BM. Hargailh jasa2 pjuang kemerdekaan & pjuang bahasa. Msia dh merdekalh.dh 54 thn. Takkn bah pnjajah nk d angkat smula. Dari BI,lebih baik B arab. Dhlh bah AlQuran, bah p Haji Umrah lg.Yg pasti bah Solat lg. Kitakn solat hari2. Faham ke kita mkna2 ayat solat yg dbaca. Henti2lh agung2kn BI. Majukn BM hingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn bahasa2 lain. InsyaAllah.
Khairul Parman Zakaria Adakah dengan menguasai bahasa asing akan hilang kemelayuannya. Adakah menguasai BM akan lebih kemelayuannya. Ini masalah asas yang perlu difahami. Yang penting belajarlah apa jua bahasa dunia asalkan bermenafaat.Di Malaysia, maksud ‘Melayu’ dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu berketurunan Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, serta beragama Islam. Tidak disebutkan mesti berbahasa BI atau Arab. Tetapi sebagai umat Islam bahasa Arab adalah penting. BI adalah juga penting sebagai bahasa ilmu. Termasuk juga bahasa-bahasa lain untuk dipelajari. Kalau mampu menguasai banyak bahasa silakanlah, kalau tidak sememangnya sebagai Melayu mesti tahu bertutur bahasa Melayu.
Ruzaini Abdullah Arshah Ada beberapa kumpulan pelajar yg boleh dikategorikan spt berikut:
1. yang lemah penguasaan bahasa, tiada kaitan dengan mat & sains
2. yang lemah dalam matematik dan sains dengan sebab bahasa
3. yang lemah matematik sains bukan kerana bahasa.
4. yang pandai matematik dan sains tak kira apa bahasa
5. yang pandai matematik dan sains dalam bahasa ibunda (melayu/mandarin/tamil etc)
Persoalan:
1. Adakah setiap kumpulan boleh diggunakan 1 kaedah penyelesaian?
2. Adakah kita ada maklumat jelas majoriti pelajar dalam Kumpulan mana?
3. Adakah perlu pendekatan penyelesaian masalah ikut majoriti?
4. Adakah ada penyelesaian bagi setiap kumpulan?
Ruzaini Abdullah Arshah Martabat Melayu bukan saja terletak pada bahasanya sahaja...
Soalan:
1. Mohon yang lebih arif dapat jelaskan apa itu Martabat?.
2. Apa ciri-ciri (kriteria) Melayu yang dikatakan mempunyai martabat yang tinggi?
3. Bagaimana kita nak capai ciri-ciri tersebut?
Lebih banyak soalan dari jawapan, harap maaf.
Ruzaini Abdullah Arshah Kajian terperinci perlu dibuat, dan bukan hanya dengan andaian dan rasa sahaja.
Ismail Tadj namany sj sudah alternatif. buat apa dhalang. slama ni pun sklh cina tamil inggeris mggunakn bah. ibunda msing2. xada masalh pun. tapi bila PPSMI dikebangsaankn, itulh masalh. Ia bukan sj tlh mnyalahi prlembagaan negara mlh mghasilkn kegagaln. Yg dikejar x dpt, yg d kendong brcicirn. Apa yg sy x faham, knapa kita x mau mgakui semua bah. ddunia adalh bahasa ilmu. kenapa BI? Bukan Jerman, Rusia, Cina,Jepun,Perancis,Arab,M
Fakhrul Anuar Zulkawi Saya dan ramai ibubapa lain yg mahu memartabatkan pendidikan Islam menghantar anak-anak kami ke SRI & SMI Swasta di bwh rangkAian MUSLEH/IKRAM walaupun bukan semuanya berpendapatan tinggi. Yg tinggi pd kami ialah semangat utk melihat anak-anak dididik di bawah falsafah dan persekitaran pendidikan Islam yg tinggi. Setiap bulan kami keluarkan tidak kurang dr RM200 hingga RM500 bg seorang anak (contoh SRI Al-Amin Bangi RM250 sebulan & SMI Hira' Klang RM450 sebulan). Ini belum masuk buku2 teks n lain2 kos pengajian. Begitu juga semangat yg ada pd orang2 Cina yg mahukan budaya mereka terus dipelihara melalui bahasa, mereka sanggup mempertahankan sekolah2 mereka ttp oleh kerana sokongan ekonomi mereka begitu kuat, mrk boleh berjaya selain dpt peruntukan kerajaan. Cuba kita tengok SRJK Kerdau sbg contoh. Malah org Melayu pula semakin ramai htr anak2 ke SRJK.
Fakhrul Anuar Zulkawi Dlm konteks ini, kerajaan mesti jelas kenapa BM perlu dimartabatkan dan BI perlu diperkasakan. Sebab itu saya setuju dasar MBMMBI diteruskan menggantikan PPSMI demi menjayakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu sbg pengantar ilmu dan integrasi nasional sehingga ke peringkat universiti. Dlm masa yg sama BI terus diperkasakan menerusi kaedah pengajaran n latihan guru. Bagi mereka yang mahukan pilihan, boleh masuk kemana2 sekolah swasta yg lain yg boleh menyediakan apa2 yg dihajati oleh ibubapa. Dan kerajaan beri geran pd sekolah2 swasta bg menampung perbelanjaan. Ini membuka pilihan pd ibubapa2 dan persatuan2 yg membuat tuntutan. Namun, dasar di sekolah2 kebangsaan yg telah diperakui oleh perlembagaan negara (termasuk Perkara 152 n 153) tidak wajar digadaikan bg memenuhi tuntutan mereka ini. Cuma realitinya, BM sudah dipinggirkan sejak lama lagi, sbb itu ianya perlu kpd satu keazaman politik yg baru n kukuh.
Smk Kerdau Temerloh Pahang SPM 2010 % BM - 82%. kite bgelut dgn martabatkan BM... BI - 62% tiada A... jadi saudara Fakhrul Anuar Zulkawi ... ape yg nk dicapai dlm PPSMI di Smk Kerdau Temerloh Pahang.... ilmu diperolehi @ penguasaan BI? Dapatkah yang dikejar???? bagaimana pula dengan kendongan???? .. Anak2 menengah atas (tingkatan 4 5) perlu dipujuk untuk belajar...!!!
Fakhrul Anuar Zulkawi Bahasa sangat penting. Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai bahasa pengajaran ilmu atau bahasa pengantar. Penguasaan bahasa sgt penting utk menguasai bidang ilmu2 yg lain.
(petikan perbincangan ahli-ahli ANKAD di dalam fB ANKAD bermula 30 Oktober 2011)



0 comments:
Post a Comment