skip to main |
skip to sidebar
Potensi Ekonomi Mukim Kerdau
Semalam saya membawa dua orang anak saya singgah ke Kerdau menemui tok n wan mereka. Lama juga mereka tak jumpa selepas wan keluar drpd hospital dulu.
Kami sempat jg mengunjungi dua buah tapak kolam pancing ikan yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Satu di kolam pancing ikan patin di Ulu Ketam yg diusahakan oleh sdr Azmi dan satu lagi yang masih baru yg bakal dimajukan sebagai sebuah kolam pa...ncing (bersekali dengan perusahaan sarang burung walit) di Lipat Kajang.
Di kolam pancing Ulu Ketam, semalam ada seorang pemancing berjaya menaikkan ikan patin seberat 8 kg (wow..besor ni)! Menurut pengusaha sdr Azmi, beliau sendiri menternak ikan-ikan patin ini sebelum ianya dibuka utk aktiviti memancing. Ia bukan diambil dr kolam2 lain. Harga masuk ialah RM30.00 seorang utk tempoh 6jam (kalau x silap) dan dibuka juga pada waktu malam. Setiap pemancing yg berjaya menaikkan ikan melebihi 3kg akan dibayar RM2 sekilo sebagai hadiah dan ikan tersebut dilepaskan semula ke kolam. Bagi yang nak bawa balik pun boleh tetapi dikenakan sedikit bayaran.
Di kolam ikan Lipat Kajang, ianya merupakan satu pemandangan yang sangat cantik. Saya fikir ianya boleh digabungkan dgn usaha2 spt industri inap desa dan seumpamanya. Boleh jadi daya tarikan pelancong untuk datang beristirehat di Kerdau bersama keluarga atau rakan2 sambil memancing atau 'river cruise' di Sungai Pahang.
Saya juga meninjau satu kawasan tanah 'prime land' Kerdau dekat Desa Murni. Menarik juga sekiranya dapat dibangunkan 'bandar baru' di kawasan ini. Saya bersama dengan seorang Pengurus Kanan Johor Land Berhad (yg juga anak jati Kerdau) yg berpengalaman hampir 30 tahun di dalam industri pembinaan hartanah.
Bagi saya ini merupakan usaha-usaha ekonomi yang bagus dan tarikan yang menarik utk Kerdau juga dengan memanfaatkan paya-paya terbiar dan lokasi2 prime land di sekitar Kerdau ini. Ianya membuka juga minda saya utk meneroka bidang2 yg boleh diusahasama melalui KO-ANKAD kelak. Moga aktiviti ekonomi warga Kerdau terus dirancakkan. (tak bawa camera, jd tiada gambar kali ni)
(penulisan Pengerusi JK Ekonomi ANKAD pd 17 Oktober 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)
0 comments:
Post a Comment