Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label Kebajikan Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan Masyarakat. Show all posts

November 27, 2011

PRODUCE - Kumpulan Pertama 2011







Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE) Kumpulan Pertama. Mudah2an mereka semua berjaya ke menara gading menjelang 2014 dan seterusnya inshaAllah.

Kertas kerja projek ini bakal dibentangkan kepada pihak sekolah, PIBG serta pemimpin-pemimpin mukim dan masjid-masjid mukim. Semoga mendapat sokongan padu semua pihak inshaAllah.

(penulisan Timb Pengerusi ANKAD yg keluar dlm fB ANKAD pada 5 November 2011)

Cadangan Kursus Kahwin

salam. saya ada 1 cadangan utk ANKAD. Apa kata ANKAD anjurkan 1 program kursus kahwin di Kerdau. Sy hanya bg cadangan je. Survey dulu sblm buat mana tau ramai anak muda Kerdau yang berminat utk join.
(dipetik drpd penulisan Hibri Bikerz dlm fB ANKAD pd 10 November 2011)

Skuad Cakna Banjir & DERAS - Disaster Relief Squad


Dengo kabo banjir beso tahun nih...nok mujo pahang tak masuk dalam senarei yak. Kitnyer molek kita sedia payung sebelong ujan...sebak seme te ramalan deme jer. Selain besiak utk diri dan keluarga kita, elok juga kita besedia utk membantu org lain.

Oleh yg demikian, ANKAD bercadang utk menubuhkan SKUAD CAKNA BANJIR yg bertujuan menghulur bantuan dan kebajikan kepada yang memerlukan. Kita bercadang... utk berganding bahu dgn agensi kerajaan/pihak berkuasa yg berkenaan spt JPAM. Ini adalah kerja & khidmat sukarela.

Sebagai langkah awal ANKAD mempelawa rodong2 sekelian yang berminat untuk mendaftarkan nama sbg sukarelawan dgn memberikan maklumat diri spt. nama penuh, alamat, no. kp, no. telefon & pekerjaan (ini maklumat awalan yg diperlukan dan berkemungkinan ada maklumat tambahan yg akan diminta kemudian) kepada Mohd Rafiee Mohd Arshad, Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan (inbox ke fb dia)
Skuad Cakne Banjir ini merupakan cabang shj kepada suatu perancangan yg lebih besar dimana ankad akan menubuhkan dan mempunyai suatu skuad khusus bg membantu dlm apa jua malapetaka dan bencana....mungkin lebih daripada itu, spt misi kemanusiaan, misi perubatan dan sebagainya...kita namakan skuad ini sbg DERAS (DISASTER RELIEF SQUAD)...bravo Fakhrul Anuar Zulkawi...
Note from Tim Pengerusi : Molek ngat ni Sdr Pengerusi..moga idea ni boleh diterjemah kpd tindakan kita. Yg penting jg ialah kita perlukan sepasukan sukarelawan yg dberi sedikit latihan sbg persediaan menghadapi apa jua bencana..inshaAllah kita boleh dptkan dprd organisasi lebih berpengalaman spt Islamic Relief (saya ada hubungan baik dgn Pengarah Operasi mrk), Aqsa Syarif dll. Saya cadang kita buat JV dgn Islamic Relief supaya agihan dana n sumbangan mrk boleh diagihkan oleh DERAS ANKAD ni..anyway, cuba dptkan sokongan ahli n warga Kerdau dulu..boleh jg panggil mrk utk berinteraksi dgn Tok Penghulu n semua Tok4.
(Penulisan Pengerusi ANKAD pada 2 November 2011 dlm fB ANKAD)




Kembara Kasih 2011 Dalam Kenangan 2


Berita Kembara Kasih 2011 ANKAD telah keluar di dalam Sinar Harian. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati sumbangan para penyumbang dan sukarelawan ANKAD khususnya di bulan Ramadhan yang sangat diberkati ini. Moga keikhlasan terus berkekalan.

Kembara Kasih 2011 Dalam Kenangan 1





Pada 27 & 28 Ramadhan 1432H yang lalu, ANKAD menerusi JK Kebajikan yang diketuai Sdr Mohd Rafiee bin Mohd Arshad telah berjaya melaksanakan satu program Kembara Kasih 2011. Program ini merupakan sumbangan hariraya dalam bentuk sumbangan tunai dan kampit beras kepada warga tua, anak yatim dan miskin. Ianya telah dijayakan dengan sokongan Pejabat Penghulu Mukim Kerdau dan semua Tok Empat di mukim Kerdau.

Sumbangan dikumpulkan daripada kalangan ahli-ahli ANKAD dan sebanyak lebih RM13 ribu telah berjaya diagihkan bersama lebih 200 kampit beras.

Semoga usaha murni ini diteruskan di masa-masa yang akan datang inshaAllah.

ANKAD berusaha mengenalpasti penerima sumbangan utk pejuang-pejuang negara di mukim Kerdau

Semalam saya berkesempatan berjumpa dgn YB Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad, ADUN Kerdau dan dia telah memberikan cek RM1,000 bagi membantu menampung kos mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Ko-ANKAD...Jazakallah Khairan

Saya juga telah diminta untuk mengenalpalsti mereka yg telah berjasa kepada negara dan kita semua, iaitu pejuang2 yg dikenali sbg Homeguard atau SC (pej...uang dolu2 atau bekas polis yg tidak mendapat pencen). Beliau akan berusaha utk memohon peruntukan RM3,000/seorg utk golongan ini sbgmana yg diumum dlm pembentangan bajet baru-baru ini.

Selaku Pengerusi/Peneraju ANKAD, adalah tanggungjawab dan kewajipan saya untuk mewawarkannya kpd semua warga ANKAD dgn harapan dapat masing2 mengenalpasti mrk yg berhak tersebut...mrk yg berhak tetapi di luar Mukim Kerdau (luar Wilayah ANKAD) tetapi dalam DUN Kerdau juga boleh disenaraikan.

Kita hanya mahu mengenalpasti mrk yg layak dan menyerahkan senarai berkenaan kepada pejabat beliau dgn harapan tiada warga ANKAD dan woreh2 mrk (walau di luar Mukim Kerdau tetapi dlm DUN Kerdau) yg ketinggalan. Semoga yg berhak akan mendapat hak nya.
(dipetik drpd penulisan Pengerusi ANKAD Sdr Khairulnizam Abdul Samad pd 26 November 2011)

Majlis Ibadah Korban ANKAD meriah!






Alhamdulillah ANKAD dengan kerjasama Surau Taman Paya Taram telah berjaya mengadakan majlis ibadah korban pada hari raya pertama Eiduladha pada 6 November 2011 yang lalu. Program ini disertai oleh ahli-ahli ANKAD yang sama-sama menyertai ibadah korban kali ini. Menurut Pengarah Program Sdr Mohd Rafiee Mohd Arshad yang juga Pengerusi JK Kebajikan ANKAD, ini adalah program pertama dan berharap ianya dapat dijayakan dengan lebih meluas lagi di tahun-tahun akan datang.

Ustaz Hj Mohd Fakhzan bin Hj Zulkawi yang juga ahli ANKAD telah menyempurnakan penyembelihan lembu korban kali ini dan telah diagih-agihkan daging korban kepada masyarakat setempat.

Tahniah JK Kebajikan ANKAD! Moga meningkatkan ketaqwaan menerusi ibadah ini.

Majlis Ibadah Korban Eiduladha 1432H

Alhamdulillah ANKAD dengan kerjasama Surau Taman Paya Taram telah berjaya mengadakan majlis ibadah korban pada hari raya pertama Eiduladha pada 6 November 2011 yang lalu. Program ini disertai oleh ahli-ahli ANKAD yang sama-sama menyertai ibadah korban kali ini. Menurut Pengarah Program Sdr Mohd Rafiee Mohd Arshad yang juga Pengerusi JK Kebajikan ANKAD, ini adalah program pertama dan berharap ianya dapat dijayakan dengan lebih meluas lagi di tahun-tahun akan datang.

Ustaz Hj Mohd Fakhzan bin Hj Zulkawi yang juga ahli ANKAD telah menyempurnakan penyembelihan lembu korban kali ini dan telah diagih-agihkan daging korban kepada masyarakat setempat.

Tahniah JK Kebajikan ANKAD! Moga meningkatkan ketaqwaan menerusi ibadah ini.