Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label Berita Organisasi ANKAD. Show all posts
Showing posts with label Berita Organisasi ANKAD. Show all posts

November 29, 2011

Gabungan Strategik Masyarakat Madani Dilancarkan


Sukacita dimaklumkan bahawa satu gabungan strategik masyarakat madani (civil society) sedang ditubuhkan dan akan dilancarkan pada 13 November 2011 (Ahad) ini.

2. Gabungan yang dinamakan 'Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)' tersebut menggabungkan organisasi masyarakat madani (NGO) daripada pelbagai sektor dan kepentingan bertujuan untuk menangani perubahan dan transformasi negara khususnya isu-isu kritikal dalam konteks sosial, ekonomi dan politik.

3. Ini akan dilaksanakan melalui gabungan kepelbagaian yang unik, warisan budaya berbeza tetapi kaya dan kebersamaan serta kesungguhan dalam mencapai objektif kebangsaan ke arah Malaysia yang lebih baik.

4. Buat waktu ini, gabungan dianggotai oleh 19 anggota berikut [mungkin sudah bertambah sekarang]:
Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH); Aliran; Tamil Foundation; Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM); Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha; Krisitian; Hindu; Sikh dan Tao (MPMAM); Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH); Penang Chinese Town Hall (PGCTH); The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ); Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG); United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM); Muslim Professionals Forum (MPF); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS); Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM); Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas); Centre of Policy Initiative (CPI); National Interlok Action Team (NIAT); People’s Green Coalition (PGC); Anak Muda Sarawak (AMS).

5. Sebagai simbol inisiatif ini, sebuah pesta dengan tema "Daripada Perpecahan kepada Keharmonian" [From Discord to Harmony] akan diadakan pada 13 November 2011 (Ahad), 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pesta tersebut akan mengetengahkan pelbagai aktiviti termasuk pelancaran piagam GBM, 'talk show' oleh aktivis sosial tersohor, tayangan filem, persembahan dan gerai-gerai pameran.

ANKAD turut dijemput menyertainya. InshaAllah kita menyokong sebarang usaha positif masyarakat madani yg juga merupakan teras kpd ANKAD sebagai sebahagian drpd masyarakat madani di negara ini di dalam menggerakkan perubahan yang positif buat negara kita Malaysia.

(dipetik daripada penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD dlm fB ANKAD pd 13 November 2011)

November 27, 2011

Pengerusi ANKAD Merasmikan Penutupan Kem SK Kerdau


Utk makluman, petang ini saya dijemput utk menutup Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kerdau 2011...pada 17 November 2011 saya dijemput ke perasmian Acara Penyampaian Hadiah SK Paya Taram pula.

Semuanya atas kapasiti Pengerusi ANKAD..saya amat bersyukur kerana pertubuhan kita diperaku dan disokong...ini bermakna visi, matlamat dan objektif penubuhan ANKAD diterima...lebih2 lagi kita "walk the talk" (bikin serupa cakap).

ANKAD takkan kemana kalau bukan kita semua yang menggerakkannya...kita buat demi utk Mukim Kerdau yg kita kasihi dan juga demi warganya yg tercinta.
(berita dikongsi Pengerusi ANKAD pd 12 November 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

ANKAD bersama pimpinan SeMAMPAN di UMP


Dari Wan Zulhilmi Timbalan Pengerusi SeMAMPAN (berbaju merah dlm gambar) : ..Semoga Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang Universiti Malaysia Pahang (SeMAMPAN UMP) dapat mencurah bakti kepada bumi Kerdau.. Harapan sy juga, jika ada Anak2 kerdau di UMP, dapat turut serta bersama SeMAMPAN UMP.. Menjadi objektif kami untuk berbakti kepada negeri Pahang..


Jawapan Fakhrul Anuar Zulkawi Timbalan Pengerusi ANKAD : ...alhamdulillah..sempat smbg2 masa makan tengahari di prog Visi ke Uni dg kepimpinan SeMAMPAN. Tahniah anak2 muda! InshaAllah ANKAD juga akan tawarkan latihan n perkongsian kpd SeMAMPAN.

(diubahsuai daripada perbualan fB ANKAD pada 2 November 2011 selepas prog Visi Ke Uni di UMP pd 31 Oktober 2011)

Cadangan Kursus Kahwin

salam. saya ada 1 cadangan utk ANKAD. Apa kata ANKAD anjurkan 1 program kursus kahwin di Kerdau. Sy hanya bg cadangan je. Survey dulu sblm buat mana tau ramai anak muda Kerdau yang berminat utk join.
(dipetik drpd penulisan Hibri Bikerz dlm fB ANKAD pd 10 November 2011)

Perkongsian Pintar - Visi Ke Universiti 2011


Sesi bergambar bersama Timbalan Dekan Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian Dr Adzhar Kamaluddin bersama pimpinan ANKAD dan semua guru pengiring sekolah-sekolah berkenaan di Dewan Oditorium Perpustakaan Uni Malaysia Pahang, kampus Gambang. Terimakasih daun keladi, moga berjumpa lagi.

(ubahsuai daripada posting Tim Pengerusi ANKAD dlm fB ANKAD pd 5 November 2011)

Gotong Royong Kenduri

Salam. Cadangan pada ANKAD. Musim cuti sekolah nie banyak kenduri kendara.Apa kata kalau ANKAD turun padang berikan khidmat membantu kerja gotong royong kenduri tu.Sekurang-kurangnya lega jg tuan rumah ada orang yg membantu.Zaman nie kebanyakannya datang, lepas makan terus angkat punggung.Yg berkapar tinggal , silap2 terlentang tuan rumah KECUALI LE KATERING.Nie cadangan saje.Kut2 boleh diterima.

(cadangan Cg Rahmat Talib yang keluar dlm fB ANKAD pada 20 November 2011)

Skuad Cakna Banjir & DERAS - Disaster Relief Squad


Dengo kabo banjir beso tahun nih...nok mujo pahang tak masuk dalam senarei yak. Kitnyer molek kita sedia payung sebelong ujan...sebak seme te ramalan deme jer. Selain besiak utk diri dan keluarga kita, elok juga kita besedia utk membantu org lain.

Oleh yg demikian, ANKAD bercadang utk menubuhkan SKUAD CAKNA BANJIR yg bertujuan menghulur bantuan dan kebajikan kepada yang memerlukan. Kita bercadang... utk berganding bahu dgn agensi kerajaan/pihak berkuasa yg berkenaan spt JPAM. Ini adalah kerja & khidmat sukarela.

Sebagai langkah awal ANKAD mempelawa rodong2 sekelian yang berminat untuk mendaftarkan nama sbg sukarelawan dgn memberikan maklumat diri spt. nama penuh, alamat, no. kp, no. telefon & pekerjaan (ini maklumat awalan yg diperlukan dan berkemungkinan ada maklumat tambahan yg akan diminta kemudian) kepada Mohd Rafiee Mohd Arshad, Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan (inbox ke fb dia)
Skuad Cakne Banjir ini merupakan cabang shj kepada suatu perancangan yg lebih besar dimana ankad akan menubuhkan dan mempunyai suatu skuad khusus bg membantu dlm apa jua malapetaka dan bencana....mungkin lebih daripada itu, spt misi kemanusiaan, misi perubatan dan sebagainya...kita namakan skuad ini sbg DERAS (DISASTER RELIEF SQUAD)...bravo Fakhrul Anuar Zulkawi...
Note from Tim Pengerusi : Molek ngat ni Sdr Pengerusi..moga idea ni boleh diterjemah kpd tindakan kita. Yg penting jg ialah kita perlukan sepasukan sukarelawan yg dberi sedikit latihan sbg persediaan menghadapi apa jua bencana..inshaAllah kita boleh dptkan dprd organisasi lebih berpengalaman spt Islamic Relief (saya ada hubungan baik dgn Pengarah Operasi mrk), Aqsa Syarif dll. Saya cadang kita buat JV dgn Islamic Relief supaya agihan dana n sumbangan mrk boleh diagihkan oleh DERAS ANKAD ni..anyway, cuba dptkan sokongan ahli n warga Kerdau dulu..boleh jg panggil mrk utk berinteraksi dgn Tok Penghulu n semua Tok4.
(Penulisan Pengerusi ANKAD pada 2 November 2011 dlm fB ANKAD)




13 Ogos 2011 - Pendaftaran ANKAD diluluskan !


Assalamu'alaikum,

Kita telah menjadi sebuah pertubuhan yg sah !!!! Alhamdulillah...Allahuakbar !!

Gambar sijil ini baru shj dihantar oleh salah seorang boss Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pahang kpd saya...beliau yg menandatangani sijil tu.

Kelulusan dlm bulan Ramadhan..diterima berita di hari Jumaat pula, penghulu hari.

(penulisan Pengerusi ANKAD pada 19 Ogos 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

ANKAD di majlis PERKIM


Slm. Semalam 7 Oktober 2011 sempat hadir ke majlis perjumpaan dan jamuan PERKIM Cawangan Temerloh di Restoran Sri Puncak Temerloh. Mewakili ANKAD atas jemputan Tok Penghulu Kamal yg juga salah seorang AJK (dulu mantan Timbalan Pengerusi). Sempat juga berkenal2an dan melebarkan silaturrahim di kalangan pemimpin2 tempatan Temerloh. Moga ada manfaatnya.

Dalam gambar ini, ada seorang aktivis muda MCA Temerloh, Saudara Hau (pakai baju putih)..semoga dia mendapat hidayah utk masuk Islam. Ada 2 orang tok penghulu dalam gambar ini iaitu Tok Penghulu Kamal dan Tok Penghulu Mukim Mentakab Haidhir Azly.
(petikan perkongsian Timbalan Pengerusi ANKAD pd 8 Oktober 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

Tim Pengerusi - Aktifkan Dana Operasi ANKAD

Salam. Satu lagi cadangan yang dikemukakan kepada JK Ekonomi ANKAD ialah untuk menganjurkan satu majlis Makan Malam Amal ANKAD tahunan berserta ANKAD Charity Golf bagi tujuan membantu mengisi dana operasi pertubuhan. Cdgn modus operandinya begini :-

1. Konsepnya ialah majlis jamuan makan malam tahunan (bermula 8 mlm hingga 11 mlm) dengan pembelian meja atau kerusi yang mengumpulkan sekitar 1,000 ...anak-anak Kerdau - termasuk memperkenalkan mereka yang telah menempa nama di dalam bidang atau kepakaran masing2 samada di dalam atau di luar Kerdau. Ianya juga peluang anak-anak Kerdau menaja ibubapa serta keluarga masing2 utk bersama menghadiri majlis ini sebagai tanda penhargaan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
2. Majlis makan makan ini akan diserikan dengan kehadiran kumpulan2 yang memerlukan perhatian seperti anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan lain-lain. Mereka juga boleh dijemput mengadakan persembahan dll. Artis2 juga boleh menambah daya tarikan utk hadir.
3. Pengisian malam ini juga boleh digunakan sebagai forum perkongsian kejayaan tokoh-tokoh anak Kerdau samada dlm bidang agama, akademik, professional, perniagaan dan sosial. Tokoh2 ini boleh tuan/puan majukan utk cadangan.
4. Dana akan dikumpul berdasarkan pembelian meja. Lagi dekat dgn stage utama lagi mahal harganya (contoh Meja Mesta RM3000, Meja Patin RM2000, Meja Jelawat RM1000 dan setiap kerusi berharga RM100.00). Sasaran 100 meja, oleh itu jumlah terkumpul sekitar RM100,000 dimana sebahagiannya akan digunakan utk kos makan malam dan bakinya akan dimasukkan ke dalam tabung pengurusan ANKAD.
5. Lokasi yg dipilih perlulah selesa dan dpt memenuhi ruang utk 1000 orang. Kemungkinan lokasi yg sesuai utk semua pihak ialah di Temerloh sendiri.
6. Bagi memudahkan semua hadir, tarikh yang bakal diadakan ialah pd bulan Disember iaitu musim cuti sekolah.
7. Pada hari yang sama iaitu pd sebelah pagi, kita boleh adakan ANKAD Charity Golf di mana2 lokasi padang golf berdekatan Temerloh/Mentakab.

Ini hanya satu cadangan awal. Silalah berikan respons awal bg menceriakan majlis ini dan sesuai utk semua golongan. Yg penting, ANKAD boleh beroperasi dan berkhidmat dengan selesa pd setiap tahun kepada semua ahli dan warga Kerdau.
(penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD yg juga Pengerusi JK Ekonomi ANKAD pada 27 Sept 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

Tahniah buat Pengerusi JK Pendidikan & Kerohanian ANKAD

Salam, ingin memaklumkan kepada semua satu berita gembira pd hari ini 18 Oktober 2011. Pengerusi JK Pendidikan & Kerohanian ANKAD Sdr Prof Madya Ruzaini Abdullah Arshah telah lulus ijazah Doktor Falsafah (PhD) hari ini. Viva beliau bermula pukul 9.45pg di UTM Skudai. Bidang pengkhususan PhD beliau ialah "Approach For Comprehensive Assessment of International Information System". Moga kejayaan ini ...menjadi pendorong pd semua utk terus mencipta kejayaan dan memberikan manfaat kepada ummah sejagat serta kepada warga Kerdau juga.

Sebagai bekas dekan di Universiti Malaysia Pahang, beliau digelar Prof Madya Dr Ruzaini Abdullah Arsyah. Beliau memaklumkan kejayaan ini menerusi sms kpd saya tengahari tadi. Mudah2an akan mendapat title Professor penuh pula selepas ini.

Bagi yang menyertai program Visi Ke Universiti ANKAD di UMP pd 31 Oktober 2011 kelak, dpt berpeluang mendengar perkongsian pengalaman kejayaan beliau ini inshaAllah.

Tahniah buat PM Dr Ruzaini dan seisi keluarga. Kami tumpang happy juga.
(penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD pada 19 Oktober 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

Momento Istimewa ANKAD


Gambar ini merupakan hasil karya salah seorang ahli ANKAD iaitu Sdr Zafri Ahmad, yang telah diabadikan sebagai momento ANKAD kepada tokoh-tokoh masyarakat. Ianya telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar Pahang oleh Pengerusi ANKAD. Begitu juga kepada Timbalan Dekan Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian Uni Malaysia Pahang, Dr Adzhar Kamaluddin.

Kembara Ilmu 2011 Dalam Kenangan


Antara inisiatif awal ANKAD menerusi JK Pendidikan dan Kerohanian ialah menggerakkan Kembara Ilmu 2011 iaitu sesi motivasi dan sumbangan cenderamata ANKAD kepada murid-murid tahun enam di 3 buah sekolah rendah di mukim Kerdau iaitu SK Paya Taram, SK Kerdau dan SK Paya Ara. Mereka semua menduduki UPSR 2011.

Ianya merupakan komitmen ANKAD memajukan aspek pendidikan dan modal insan warga mukim Kerdau.

Beritanya telah dikeluar dalam akhbar Sinar Harian.

ANKAD bakal tubuh kelab untuk remaja mukim Kerdau

Selamat tahun baru 1433 Hijrah! InshaAllah salah satu cadangan yang kami terima di dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti remaja di mukim Kerdau ini ialah penubuhan sebuah kelab remaja Kerdau di bawah ANKAD. Ini bagi menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun (usia yang tidak membenarkan membenarkan menjadi ahli ANKAD). Ianya juga membantu memberikan latihan kepimpin...an remaja di dalam memimpin remaja sendiri (RMR). Di dalam masa yang sama, ianya bakal menjadi pelapis keahlian dan kepimpinan ANKAD di masa akan datang. Para remaja ini juga boleh berinteraksi dengan kelab2 remaja di tempat lain khususnya yang sudah established nationwide.

Moga cadangan ini mendapat respons maklumbalas daripada semua. Goner gamok?

(petikan tulisan Timbalan Pengerusi ANKAD pada 27 November 2011)

Pengerusi ANKAD di SK Kerdau


Utk makluman, petang ini saya dijemput utk menutup Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kerdau 2011...pada 17 November 2011 saya dijemput ke perasmian Acara Penyampaian Hadiah SK Paya Taram pula.

Semuanya atas kapasiti Pengerusi ANKAD..saya amat bersyukur kerana pertubuhan kita diperaku dan disokong...ini bermakna visi, matlamat dan objektif penubuhan ANKAD diterima...lebih2 lagi kita "walk the talk" (bikin serupa cakap).

ANKAD takkan kemana kalau bukan kita semua yang menggerakkannya...kita buat demi utk Mukim Kerdau yg kita kasihi dan juga demi warganya yg tercinta.
(petikan tulisan Pengerusi ANKAD di dalam fB ANKAD)

Antara pemimpin-pemimpin muda ANKAD


ANKAD mempunyai gabungan kepemimpinan yang menarik. Antara dinamika golongan muda atau syabab dengan hikmah golongan senior di dalam kepimpinan ANKAD. Antara pemimpin muda yang instrumental di dalam penubuhan ANKAD ialah Sdr Hamzah Alias. Beliau bersama sekumpulan anak muda Kerdau telah memulakan inisiatif mengumpul semua warga ANKAD bagi bersama memajukan mukim Kerdau.

Gambar ini ialah Sdr Hamzah Alias (berbaju hitam) dan Sdr Khairul Shafnee (berbaju putih). Gabungan warna hitam dan putih bendera negeri Pahang!

Moga ANKAD terus maju dengan komitmen padu para pemuda ini inshaAllah.

ANKAD komited martabatkan Islam !


Kenyataan Timbalan Pengerusi ANKAD Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi telah keluar di dalam Sinar Harian pada 31 Oktober 2011 yang lalu.

ANKAD juga mengajak agar syariat Islam dimartabatkan sepenuhnya di negara ini bagi meraih keredhaan Allah SWT !

Majlis Ibadah Korban Eiduladha 1432H

Alhamdulillah ANKAD dengan kerjasama Surau Taman Paya Taram telah berjaya mengadakan majlis ibadah korban pada hari raya pertama Eiduladha pada 6 November 2011 yang lalu. Program ini disertai oleh ahli-ahli ANKAD yang sama-sama menyertai ibadah korban kali ini. Menurut Pengarah Program Sdr Mohd Rafiee Mohd Arshad yang juga Pengerusi JK Kebajikan ANKAD, ini adalah program pertama dan berharap ianya dapat dijayakan dengan lebih meluas lagi di tahun-tahun akan datang.

Ustaz Hj Mohd Fakhzan bin Hj Zulkawi yang juga ahli ANKAD telah menyempurnakan penyembelihan lembu korban kali ini dan telah diagih-agihkan daging korban kepada masyarakat setempat.

Tahniah JK Kebajikan ANKAD! Moga meningkatkan ketaqwaan menerusi ibadah ini.

Timbalan Pengerusi ANKAD di dalam Sinar Harian


Kenyataan Timbalan Pengerusi ANKAD Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi berhubung pelancaran gabungan masyarakat madani atau civil society yang dinamakan Gabungan Bertindak Rakyat Malaysia pada 13 November 2011 yang lalu telah keluar di dalam Sinar Harian bertarikh 15 November 2011 yang lalu.

ANKAD juga menyeru agar pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO di negeri Pahang dan mukim Kerdau khususnya untuk bekerjasama dan bersatu padu bagi mengangkat kepentingan serta kemajuan rakyat Malaysia.

ANKAD juga mula mengambil tempat di dalam masyarakat. Tahniah!

Harapan Projek Visi Ke Universiti


Hj. Fakhrul Anuar Hj. Zulkawi, Timbalan Pengerusi ANKAD memberi ucapan penggulungan. Beliau adalah Pengarah Program VISI KE UNIVERSITI anjuran ANKAD.

Program ini hanyalah pengenalan sahaja kepada keseluruhan program...keseluruhan module secara kolektifnya dikenali sbg PRODUCE (Program Dua Tahun Remaja Cemerlang)...2 tahun kerana sasaran kita remaja/pelajar yg selesai menduduki PMR....mereka ada 2 tahun sebelum menduduki SPM...sebelum ke universiti....program akan membentuk remaja cemerlang dari segi akademik & sahsiah diri.

Well done tuan Direktor!!!

(dipetik daripada fB ANKAD tulisan Pengerusi ANKAD bertarikh 1 November 2011)