skip to main |
skip to sidebar
10 hari pertama Zulhijjah Kembali Lagi
Hari ini bermula 1 Zulhijjah pd hari Jumaat yg mulia ini. Bermulanya 10 hari-hari terbaik yg sangat dituntut utk kita mengisinya dengan amal ibadah spt zikrullah, tilawah al-Quran, berpuasa sunat termasuk berpuasa pd hari Arafah 9 Zulhijjah sebelum diharamkan berpuasa pd 10-13 Zulhijjah utk kita menyambut hari raya korban.
Walaupun kita tidak berada di Makkah ketika ini, namun ganjaran yang diberikan kepada kita yang tidak ke sana ketika ini wajar direbut. Semarakkan hari-hari ini!
Teringat saat-saat istimewa dalam hidup lebih 10 tahun yang lalu ketika berpeluang ke sana..Ya Allah, berilah peluang kali kedua..
Melaksanakan kewajipan haji ialah satu amalan praktikal utk membersihkan dan mendidik jiwa/ruh. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa berhaji kemudian tidak bercakap kotor dan tidak fasik (melanggar peraturan Allah), maka ia bersih daripada dosa-dosanya seperti waktu dilahirkan oleh ibunya. (dr Abu Hurairah, riwayat Bukhari&Muslim). Haji ialah tempat roh dididik sejak mula bertolak sehingga pulang. Dimulai dgn niat melaksanakan kewajipan, rindu mengunjungi tempat2 yg disucikan oleh Allah, yg perlu dikunjungi, memutus halangan yg menghalangi haji, menyiapkan diri melakukan haji, ihram dari miqat, membaca talbiyyah, tawaf dan saie, tinggal di Mina, wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melempar jumrah. Semuanya ini memerlukan usaha yg kuat dan menanggung beban kerana padatnya org yg melakukan haji. Inilah pendidikan ruh yg agung!
9 Zulhijjah hari yang penuh barokah..perhimpunan jutaan umat di Arafah, bermulanya wukuf selepas gelincir matahari. Jemaahj haji Malaysia sudahpun berada di sana sejak semalam lagi. Bg yang berpuasa pada hari ini, moga diampuni segala dosa. Banyakkan berzikir dan berdoa pada hari yang sangat mulia ini. Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
(dipetik daripada perkongsian Tim Pengerusi ANKAD dlm fB ANKAD pd 28 Okt - 5 Nov 2011)
0 comments:
Post a Comment