Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Mari Menyumbang Utk Projek Visi Ke Universiti

Catatan dari Meja Biro Pendidikan..

Assalamualaikum..

PROGRAM VISI KE UNIVERSITI DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
...
31 OKTOBER 2011

Ternyata penyatuan idea dan tenaga anak-anak mukim Kerdau melalui aktiviti2 ANKAD telah membuahkan sesuatu yang bermakna kepada warga Kerdau. Kemampuan barisan kepimpinan ANKAD menggaris hala tuju disambut baik oleh Jawatankuasa-jawatankuasa serta seluruh ahli pertubuhan. Syabas dan terimakasih diucapkan.

Sehubungan dengan itu, satu lagi program berteraskan pendidikan bakal dijalankan hujung Oktober ini. Program Visi Ke Universiti dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang ini akan melibatkan penyertaan 3 buah sekolah menengah dengan jumlah murid Tingkatan Tiga seramai lebih kurang 250 orang. Modul Bersepadu yang diterapkan membentuk 8 Siri Program berterusan bagi membolehkan perkembangan kesemua pelajar ini dibantu sehingga menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013.

Sayugia, saya memohon perhatian dan sokongan kesemua ahli2 pertubuhan untuk sama2 memberikan sumbangan bagi membolehkan program ini berjalan seperti dirancang dan berkesan. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Amri Muhamad Amir 1560 2033 1765.

Sumbangan tuan2 dan puan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

*Sila maklumkan maklumat sumbangan dengan sms 019-9691479
(penulisan oleh Cikgu Amri bin Muhamad Amir, yang keluar dlm fB ANKAD pd 25 Oktober 2011)

0 comments:

Post a Comment