Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Skuad Cakna Banjir & DERAS - Disaster Relief Squad


Dengo kabo banjir beso tahun nih...nok mujo pahang tak masuk dalam senarei yak. Kitnyer molek kita sedia payung sebelong ujan...sebak seme te ramalan deme jer. Selain besiak utk diri dan keluarga kita, elok juga kita besedia utk membantu org lain.

Oleh yg demikian, ANKAD bercadang utk menubuhkan SKUAD CAKNA BANJIR yg bertujuan menghulur bantuan dan kebajikan kepada yang memerlukan. Kita bercadang... utk berganding bahu dgn agensi kerajaan/pihak berkuasa yg berkenaan spt JPAM. Ini adalah kerja & khidmat sukarela.

Sebagai langkah awal ANKAD mempelawa rodong2 sekelian yang berminat untuk mendaftarkan nama sbg sukarelawan dgn memberikan maklumat diri spt. nama penuh, alamat, no. kp, no. telefon & pekerjaan (ini maklumat awalan yg diperlukan dan berkemungkinan ada maklumat tambahan yg akan diminta kemudian) kepada Mohd Rafiee Mohd Arshad, Ketua Biro Kebajikan & Kemasyarakatan (inbox ke fb dia)
Skuad Cakne Banjir ini merupakan cabang shj kepada suatu perancangan yg lebih besar dimana ankad akan menubuhkan dan mempunyai suatu skuad khusus bg membantu dlm apa jua malapetaka dan bencana....mungkin lebih daripada itu, spt misi kemanusiaan, misi perubatan dan sebagainya...kita namakan skuad ini sbg DERAS (DISASTER RELIEF SQUAD)...bravo Fakhrul Anuar Zulkawi...
Note from Tim Pengerusi : Molek ngat ni Sdr Pengerusi..moga idea ni boleh diterjemah kpd tindakan kita. Yg penting jg ialah kita perlukan sepasukan sukarelawan yg dberi sedikit latihan sbg persediaan menghadapi apa jua bencana..inshaAllah kita boleh dptkan dprd organisasi lebih berpengalaman spt Islamic Relief (saya ada hubungan baik dgn Pengarah Operasi mrk), Aqsa Syarif dll. Saya cadang kita buat JV dgn Islamic Relief supaya agihan dana n sumbangan mrk boleh diagihkan oleh DERAS ANKAD ni..anyway, cuba dptkan sokongan ahli n warga Kerdau dulu..boleh jg panggil mrk utk berinteraksi dgn Tok Penghulu n semua Tok4.
(Penulisan Pengerusi ANKAD pada 2 November 2011 dlm fB ANKAD)




0 comments:

Post a Comment