Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Visi Ke Universiti 2011 berjaya diadakan dengan kerjasama Uni Malaysia Pahang



Alhamdulillah JK Pendidikan & Kerohanian ANKAD dibawah Pengerusinya Prof Madya Dr Ruzaini Abdullah Arshah telah berjaya menganjurkan program Visi Ke Universiti dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian Universiti Malaysia Pahang pada 31 Oktober 2011. Program ini disertai hampir 200 orang pelajar Tingkatan 3 (PMR 2011) dari tiga buah sekolah iaitu SMK Kerdau, SBPI Temerloh dan SMK Bukit Cermin.



Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti iaitu Dr Adzhar Kamaluddin. Di dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan penghargaan kepada ANKAD di atas usaha murni ini bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mukim Kerdau dengan universiti, kehidupannya serta kursus-kursus yang ditawarkan pihak universiti. Beliau juga menasihati para pelajar akan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan di dalam akademik agar berjaya sehingga ke peringkat menara gading.

Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi ANKAD Sdr Khairul Nizam Abdul Samad, Timbalan Pengerusi yang juga Pengarah Program Hj Fakhrul Anuar Zulkawi serta guru-guru pengiring setiap sekolah. Antaranya ialah PK1 SMK Bukit Cermin Puan Hjh Siti Zaleha M Said, PKHEM SMK Kerdau Encik Arifin dan Guru Kaunselor SBPI Temerloh Puan Azati.

Para fasilitator dari kalangan pelajar UMP juga turut membantu kelancaran program ini. Terima kasih tidak terhingga pihak ANKAD kepada pihak UMP dan juga sekolah-sekolah terbabit.

0 comments:

Post a Comment