
Sukacita dimaklumkan bahawa satu gabungan strategik masyarakat madani (civil society) sedang ditubuhkan dan akan dilancarkan pada 13 November 2011 (Ahad) ini.
2. Gabungan yang dinamakan 'Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)' tersebut menggabungkan organisasi masyarakat madani (NGO) daripada pelbagai sektor dan kepentingan bertujuan untuk menangani perubahan dan transformasi negara khususnya isu-isu kritikal dalam konteks sosial, ekonomi dan politik.
3. Ini akan dilaksanakan melalui gabungan kepelbagaian yang unik, warisan budaya berbeza tetapi kaya dan kebersamaan serta kesungguhan dalam mencapai objektif kebangsaan ke arah Malaysia yang lebih baik.
4. Buat waktu ini, gabungan dianggotai oleh 19 anggota berikut [mungkin sudah bertambah sekarang]:
Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH); Aliran; Tamil Foundation; Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM); Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha; Krisitian; Hindu; Sikh dan Tao (MPMAM); Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH); Penang Chinese Town Hall (PGCTH); The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ); Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG); United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM); Muslim Professionals Forum (MPF); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS); Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM); Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas); Centre of Policy Initiative (CPI); National Interlok Action Team (NIAT); People’s Green Coalition (PGC); Anak Muda Sarawak (AMS).
5. Sebagai simbol inisiatif ini, sebuah pesta dengan tema "Daripada Perpecahan kepada Keharmonian" [From Discord to Harmony] akan diadakan pada 13 November 2011 (Ahad), 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pesta tersebut akan mengetengahkan pelbagai aktiviti termasuk pelancaran piagam GBM, 'talk show' oleh aktivis sosial tersohor, tayangan filem, persembahan dan gerai-gerai pameran.
ANKAD turut dijemput menyertainya. InshaAllah kita menyokong sebarang usaha positif masyarakat madani yg juga merupakan teras kpd ANKAD sebagai sebahagian drpd masyarakat madani di negara ini di dalam menggerakkan perubahan yang positif buat negara kita Malaysia.
(dipetik daripada penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD dlm fB ANKAD pd 13 November 2011)