




Alhamdulillah ANKAD dengan kerjasama Surau Taman Paya Taram telah berjaya mengadakan majlis ibadah korban pada hari raya pertama Eiduladha pada 6 November 2011 yang lalu. Program ini disertai oleh ahli-ahli ANKAD yang sama-sama menyertai ibadah korban kali ini. Menurut Pengarah Program Sdr Mohd Rafiee Mohd Arshad yang juga Pengerusi JK Kebajikan ANKAD, ini adalah program pertama dan berharap ianya dapat dijayakan dengan lebih meluas lagi di tahun-tahun akan datang.
Ustaz Hj Mohd Fakhzan bin Hj Zulkawi yang juga ahli ANKAD telah menyempurnakan penyembelihan lembu korban kali ini dan telah diagih-agihkan daging korban kepada masyarakat setempat.
Tahniah JK Kebajikan ANKAD! Moga meningkatkan ketaqwaan menerusi ibadah ini.
0 comments:
Post a Comment