Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Tim Pengerusi - Aktifkan Dana Operasi ANKAD

Salam. Satu lagi cadangan yang dikemukakan kepada JK Ekonomi ANKAD ialah untuk menganjurkan satu majlis Makan Malam Amal ANKAD tahunan berserta ANKAD Charity Golf bagi tujuan membantu mengisi dana operasi pertubuhan. Cdgn modus operandinya begini :-

1. Konsepnya ialah majlis jamuan makan malam tahunan (bermula 8 mlm hingga 11 mlm) dengan pembelian meja atau kerusi yang mengumpulkan sekitar 1,000 ...anak-anak Kerdau - termasuk memperkenalkan mereka yang telah menempa nama di dalam bidang atau kepakaran masing2 samada di dalam atau di luar Kerdau. Ianya juga peluang anak-anak Kerdau menaja ibubapa serta keluarga masing2 utk bersama menghadiri majlis ini sebagai tanda penhargaan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
2. Majlis makan makan ini akan diserikan dengan kehadiran kumpulan2 yang memerlukan perhatian seperti anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan lain-lain. Mereka juga boleh dijemput mengadakan persembahan dll. Artis2 juga boleh menambah daya tarikan utk hadir.
3. Pengisian malam ini juga boleh digunakan sebagai forum perkongsian kejayaan tokoh-tokoh anak Kerdau samada dlm bidang agama, akademik, professional, perniagaan dan sosial. Tokoh2 ini boleh tuan/puan majukan utk cadangan.
4. Dana akan dikumpul berdasarkan pembelian meja. Lagi dekat dgn stage utama lagi mahal harganya (contoh Meja Mesta RM3000, Meja Patin RM2000, Meja Jelawat RM1000 dan setiap kerusi berharga RM100.00). Sasaran 100 meja, oleh itu jumlah terkumpul sekitar RM100,000 dimana sebahagiannya akan digunakan utk kos makan malam dan bakinya akan dimasukkan ke dalam tabung pengurusan ANKAD.
5. Lokasi yg dipilih perlulah selesa dan dpt memenuhi ruang utk 1000 orang. Kemungkinan lokasi yg sesuai utk semua pihak ialah di Temerloh sendiri.
6. Bagi memudahkan semua hadir, tarikh yang bakal diadakan ialah pd bulan Disember iaitu musim cuti sekolah.
7. Pada hari yang sama iaitu pd sebelah pagi, kita boleh adakan ANKAD Charity Golf di mana2 lokasi padang golf berdekatan Temerloh/Mentakab.

Ini hanya satu cadangan awal. Silalah berikan respons awal bg menceriakan majlis ini dan sesuai utk semua golongan. Yg penting, ANKAD boleh beroperasi dan berkhidmat dengan selesa pd setiap tahun kepada semua ahli dan warga Kerdau.
(penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD yg juga Pengerusi JK Ekonomi ANKAD pada 27 Sept 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)

0 comments:

Post a Comment