Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

November 27, 2011

Kita Perlu Cakna Tentang Bajet Negara

Kegagalan memacu ekonomi negara bila mana wujud unsur tidak telus dalam menggunakan sumber dana. Banyak pengeluaran bukan kepada usahawan tulin, yang hanya menghasilkan usahawan segera dan lingkup hanya dalam masa yang singkat. Usahawan tulin adalah usahawan yang memahami tanggungjawab mereka untuk Ummah, punya kompetensi dan sudah terlibat dalam perniagaan. Kita ingin bersama menggerakkan ekonomi... ini bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi kita bersedia untuk mencapai visi yang lebih besar. Segalanya akan kita capai melalui jaringan usahawan dalam dan luar negara.

Kita perlu ambil tahu bajet 2011 dan 2012.

Usahawan tulin sudah bersedia mengenalpasti tema utama polisi transformasi ekonomi dalam lima(5) fokus utama iaitu "accelerating investment', "generating human capital excellence, creativity and innovation", "rural transformation programme", "strenghtening the civil service" dan "easing infaltion and enhancing the well-being of the rakyat". ANKAD dan KO-ANKAD memegang teguh polisi non-partisan dan akan bergerak tanpa mengira pegangan politik dan bangsa selagi ianya menguntungkan Ummah. Terdapat 52 peruntukan yang spesifik untuk dicernakan sebaik-baiknya.
Laporan Audit Negara utk tahun 2010 keluar agak lewat daripada kebiasaannya iaitu ketika pembentangan bajet. Entah apalah sebabnya dibuat begitu. Rakyat tidak diberitahu kenapa. Namun, bila sudah keluar, banyaknya penyelewangan dan pembaziran yang berlaku. Agaknya inilah yang ditakutkan.
(penulisan Pengerusi JK Ekonomi ANKAD pada 24 Oktober 2011 yg keluar dalam fB ANKAD)

0 comments:

Post a Comment