skip to main |
skip to sidebar
Jangan Berdalih Untuk Laksana Undang-undang Islam
Kenapa hudud perlu diputuskan di Parlimen dan bukan di Dewan Undangan Negeri? Mengambil kira sentimen sekarang, sekiranya pemimpin umat Islam benar-benar ikhlas dan ingin memperjuangkan syariat Islam, bermakna secara praktikalnya keputusan undi di Parlimen adalah diperlukan. Ini diperlukan bagi meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) yg menyekat perla...ksanaan hukum hudud.
Bolehkah mendapat undi majoriti mudah di Parlimen iaitu 112 undi bagi membolehkan pindaan atau pemansuhan Akta 355 dibuat di Parlimen? Mari kita analisis keputusan PRU-12 sebelum ini.
Sebanyak 72.2% daripada 10.9juta pengundi berdaftar telah keluar mengundi pada PRU ke-12 daripada 7950 pusat pengundi pada 8 Mac 2008 (pengundi paling ramai keluar ialah di Kelantan (81%) dan Putrajaya (81%). Daripada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara (tidak termasuk Sarawak) :
a. 222 kerusi parlimen : BN menang 140 kerusi, PR 82 kerusi (PAS=23, DAP=28 & PKR=31).
b. 505 kerusi DUN : BN 307, PR 190 (PAS=83, DAP=73 & PKR=40), Bebas 2.
c. Kerusi parlimen yang dimenangi PKR 31 = 20 Melayu, 11 bukan Islam, manakala kerusi DUN PKR 40 = 22 Melayu, 18 bukan Islam.
d. Jumlah ahli Parlimen Bumiputera Islam = 131 (iaitu 59.0% daripada 222 ahli parlimen). Ini berdasarkan UMNO Semenanjung=66, UMNO Sabah=13, Sarawak=9, PKR=20 & PAS=23.
e. 56 kerusi parlimen berada di Sabah (25) dan Sarawak (31).
f. Jumlah ahli parlimen bukan Melayu = 69 (DAP=28,PKR=11,BN Sabah=4,BN S'wak=6, MCA=15, MIC=3, Gerakan=2).
g. Daripada 69 ahli parlimen bukan Melayu, 11 ahli parlimen India (3=MIC,5=PKR,3=DAP) & 58 Cina (MCA=15,Gerakan=2,DAP=25,BN Sabah=4,BN S'wak=6,PKR=6).
h. Daripada 505 ADUN (tidak termasuk S'wak), 361 Adun Bumiputera & 144 bukan Bumiputera. Daripada 361 Bumiputera, 345 bumiputera Islam (ini mewakili 68.3% daripada 505)
Berdasarkan info diatas, sekiranya semua ahli Parlimen Islam menyokong dan ahli parlimen bukan Islam tidak menyokong, kita akan mendapat sokongan sebanyak 59%. Ini bermakna usaha pindaan ini BOLEH dibuat sekiranya semua pemimpin umat Islam bersatu menyokongnya. Dan pindaan perlu dibuat secara beransur-ansur dengan memastikan perlaksanaan syariah Islam ini difokuskan kepada umat Islam terlebih dahulu. Sudah pasti sebagai umat Islam yang beriman dengan al-Quran akan menyokong usaha ini kerana ianya melibatkan umat Islam sahaja. Sepertimana yg saya sebut sebelum ini sebagai satu hak asasi bagi kita org Islam utk berhukumkan kepada apa yang diwajibkan kepada orang Islam. Hak kita sebagai orang Islam !
(penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD pada 9 Oktober 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)
0 comments:
Post a Comment