
Showing posts with label Berita Mukim. Show all posts
Showing posts with label Berita Mukim. Show all posts
November 27, 2011
Agihan Borang Felcra Kerdau 4 Mesti Adil
Salam... dari sejumlah 1000 ekar yang dimajukan... seramai 150 orang peserta sahaja yang akan dipilih.. ini seperti yang dimaklumkan kepada saya.. maklumat yang kita terima mungkin berbeza-beza... jika hanya seramai 150 orang mendapat bahagian seluas 3 ekar seorang.. jumlah keluasannya ialah seluas 450 ekar sahaja akan diaghkan kepada peserta2.. kemusykilan saya ialah kawasan selebihnya seluas kur...ang lebih 350 ekar akan diambil oleh pengurusan felcra untuk tujuan2 yang tidak jelas maklumatnya yang saya terima.. Bagi saya seluruh kawasan perlu diagihkan. Felcra tidak seharusnya meletakkan sebahagian kaw itu untuk program2 Felcra.. biarlah lebih ramai peserta dapat dipilih dan menerima manfaat dari program kerajaan yang jelas banyak membantu orang2 kampung selama ini...
(penulisan Cg Amri Muhammad Amir pada 2 Oktober 2011 yang keluar dlm fB ANKAD)
Labels:
Berita Mukim
Kembara Kasih 2011 Dalam Kenangan 2

Berita Kembara Kasih 2011 ANKAD telah keluar di dalam Sinar Harian. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati sumbangan para penyumbang dan sukarelawan ANKAD khususnya di bulan Ramadhan yang sangat diberkati ini. Moga keikhlasan terus berkekalan.
Labels:
Berita Mukim,
Kebajikan Masyarakat
Kembara Kasih 2011 Dalam Kenangan 1




Pada 27 & 28 Ramadhan 1432H yang lalu, ANKAD menerusi JK Kebajikan yang diketuai Sdr Mohd Rafiee bin Mohd Arshad telah berjaya melaksanakan satu program Kembara Kasih 2011. Program ini merupakan sumbangan hariraya dalam bentuk sumbangan tunai dan kampit beras kepada warga tua, anak yatim dan miskin. Ianya telah dijayakan dengan sokongan Pejabat Penghulu Mukim Kerdau dan semua Tok Empat di mukim Kerdau.
Sumbangan dikumpulkan daripada kalangan ahli-ahli ANKAD dan sebanyak lebih RM13 ribu telah berjaya diagihkan bersama lebih 200 kampit beras.
Semoga usaha murni ini diteruskan di masa-masa yang akan datang inshaAllah.
Labels:
Berita Mukim,
Kebajikan Masyarakat
SMK Kerdau - Visi Ke Universiti 2011

Seramai 35 pelajar Tingkatan 3 dari SMK Kerdau telah menyertai program Visi Ke Universiti anjuran ANKAD & UMP pada 31 Oktober 2011 yang lalu. Mereka diketuai ketua guru pengiring yang juga PKHEM Encik Ariffin. Semoga pelajar-pelajar terpilih dari SMK Kerdau ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR mereka yang akan keluar keputusannya pada bulan Disember 2011 dan bakal menyertai projek PRODUCE ANKAD inshaAllah.
Labels:
Berita Mukim,
Berita Pendidikan Remaja
Subscribe to:
Posts (Atom)