Timbalan Pengerusi ANKAD menyatakan, " Penghargaan setingginya diberikan kpd warga pendidik di mukim kerdau. Moga kegigihan dan kesabaran mereka mendidik anak2 mukim diganjari Allah SWT sebanyaknya dan diberkati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat."
Menurut maklumat yang diterima Pak Ngah menerusi fB ANKAD, pihak PAS DUN Kerdau telah mengenalpasti seramai 32 orang mendapat 5A di dalam DUN Kerdau. Pihak PAS Kerdau juga bakal meraikan para pelajar ini bersama keluarga mereka di dalam satu majlis yang akan diadakan pada 3 Disember 2011 ini di Balai Islam Kerdau. ANKAD menyambut positif inisiatif yang dibuat oleh PAS Kerdau ini.
Menurut Pengerusi ANKAD pula menyatakan, "kemasukan ke MRSM tidak hanya semata-mata berdasarkan kecemerlangan akademik (mendapat 5A) & ko-kurikulum...Mereka yg hanya mendapat 4A 1B atau 3A 2B boleh juga memohon/merayu atas dasar dan faktor taraf hidup (miskin..tak silap gaji/pendapatan bawah RM700) & bilangan tanggungan (anak) ramai. Berjumpa dgn pegawai MARA berkenaan dan/atau Pengetua MRSM bagi mendapatkan/beli borang & bagi mendptkan keterangan lanjut.Kebiasaannya (peraturan), borang hanya dijual kpd yg mendapat 5A. kepada yg mendapat 5A tetapi tidak berjaya mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM, ANKAD bersedia untuk membantu (namun tidak menjanjikan sebarang tempat atau pasti dapat)...saya secara peribadi dan ANKAD akan membantu...insyaAllah. Buat sementara ini, biarlah sistem yg sedia ada berjalan."