Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Featured Posts

November 29, 2011

Keputusan UPSR 2011 Mukim Kerdau

Menurut maklumat yang diterima, seramai 11 orang pelajar mukim Kerdau yang mendapat keputusan 5A di dalam UPSR 2011. Ini termasuk 7 orang di SK Paya Ara, 3 orang di SK Kerdau dan 1 orang di SK Paya Taram. Sekolah yang berjiran iaitu SK Lipat Kajang pula terdapat 2 orang yang mendapat 5A. Tiada maklumat diterima daripada SRJK(C) Kerdau dan SRJK(T) Ladang Bee Yong Kerdau.

Timbalan Pengerusi ANKAD menyatakan, " Penghargaan setingginya diberikan kpd warga pendidik di mukim kerdau. Moga kegigihan dan kesabaran mereka mendidik anak2 mukim diganjari Allah SWT sebanyaknya dan diberkati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat."

Menurut maklumat yang diterima Pak Ngah menerusi fB ANKAD, pihak PAS DUN Kerdau telah mengenalpasti seramai 32 orang mendapat 5A di dalam DUN Kerdau. Pihak PAS Kerdau juga bakal meraikan para pelajar ini bersama keluarga mereka di dalam satu majlis yang akan diadakan pada 3 Disember 2011 ini di Balai Islam Kerdau. ANKAD menyambut positif inisiatif yang dibuat oleh PAS Kerdau ini.

Menurut Pengerusi ANKAD pula menyatakan, "kemasukan ke MRSM tidak hanya semata-mata berdasarkan kecemerlangan akademik (mendapat 5A) & ko-kurikulum...Mereka yg hanya mendapat 4A 1B atau 3A 2B boleh juga memohon/merayu atas dasar dan faktor taraf hidup (miskin..tak silap gaji/pendapatan bawah RM700) & bilangan tanggungan (anak) ramai. Berjumpa dgn pegawai MARA berkenaan dan/atau Pengetua MRSM bagi mendapatkan/beli borang & bagi mendptkan keterangan lanjut.Kebiasaannya (peraturan), borang hanya dijual kpd yg mendapat 5A. kepada yg mendapat 5A tetapi tidak berjaya mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM, ANKAD bersedia untuk membantu (namun tidak menjanjikan sebarang tempat atau pasti dapat)...saya secara peribadi dan ANKAD akan membantu...insyaAllah. Buat sementara ini, biarlah sistem yg sedia ada berjalan."


Gabungan Strategik Masyarakat Madani Dilancarkan


Sukacita dimaklumkan bahawa satu gabungan strategik masyarakat madani (civil society) sedang ditubuhkan dan akan dilancarkan pada 13 November 2011 (Ahad) ini.

2. Gabungan yang dinamakan 'Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)' tersebut menggabungkan organisasi masyarakat madani (NGO) daripada pelbagai sektor dan kepentingan bertujuan untuk menangani perubahan dan transformasi negara khususnya isu-isu kritikal dalam konteks sosial, ekonomi dan politik.

3. Ini akan dilaksanakan melalui gabungan kepelbagaian yang unik, warisan budaya berbeza tetapi kaya dan kebersamaan serta kesungguhan dalam mencapai objektif kebangsaan ke arah Malaysia yang lebih baik.

4. Buat waktu ini, gabungan dianggotai oleh 19 anggota berikut [mungkin sudah bertambah sekarang]:
Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH); Aliran; Tamil Foundation; Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM); Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha; Krisitian; Hindu; Sikh dan Tao (MPMAM); Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH); Penang Chinese Town Hall (PGCTH); The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ); Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG); United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM); Muslim Professionals Forum (MPF); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS); Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM); Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas); Centre of Policy Initiative (CPI); National Interlok Action Team (NIAT); People’s Green Coalition (PGC); Anak Muda Sarawak (AMS).

5. Sebagai simbol inisiatif ini, sebuah pesta dengan tema "Daripada Perpecahan kepada Keharmonian" [From Discord to Harmony] akan diadakan pada 13 November 2011 (Ahad), 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pesta tersebut akan mengetengahkan pelbagai aktiviti termasuk pelancaran piagam GBM, 'talk show' oleh aktivis sosial tersohor, tayangan filem, persembahan dan gerai-gerai pameran.

ANKAD turut dijemput menyertainya. InshaAllah kita menyokong sebarang usaha positif masyarakat madani yg juga merupakan teras kpd ANKAD sebagai sebahagian drpd masyarakat madani di negara ini di dalam menggerakkan perubahan yang positif buat negara kita Malaysia.

(dipetik daripada penulisan Timbalan Pengerusi ANKAD dlm fB ANKAD pd 13 November 2011)

November 27, 2011

Manfaatkan Bajet 2012

Salam. Bagi warga ANKAD yang terlibat di dalam perniagaan, boleh manfaatkan apa yang dicadangkan dlm Bajet 2012 yg sedang dibahas di Parlimen ketika ini. Utk makluman warga usahawan ANKAD.

Pengerusi JK Ekonomi ANKAD

Specific allocations proposed in the budget:

4. To further strengthen SME’s contribution to economic growth, a sum of RM2 billion is allocated to a shariah-compliant SME financing Fund to be managed by selected Islamic banks.
5. A sum of RM100 million is allocated for the SME Revitalisation Fund. This scheme offers soft loans up to a maximum of RM1 billion for entrepreneurs to revive their business. This fund will be managed by SME Bank and will be available from January 2012.
6. To assist SME’s affected by natural disasters, a sum of RM10 million is allocated fot the SME Emergency Fund.
9. To enable SMEs to commercialise research products, the Government will establish a shariah-compliant Commercialisation Innovation Fund totalling RM50 million with an attractive profit margin.
10. A sum of RM50.2 million will be allocated to the education sector. For the Ministry of Education, a development allocation amounting to RM1.9 billion will be spent on all types of school consisting of national schools, national-type Chinese and Tamil school, mission and Government-assisted religious school.
11. In addition, RM1billion will be provided through a special fund for the construction, improvement and maintenance of schools, particularly to cater for the immediate needs of schools. Of this, RM100 million each will be for the national-type Chinese school, national-type Tamil schools, Government-assisted religious schools, Maktab Rendah Sains MARA whilst the remaining RM500 million will be for national schools.
26. A sum of RM1.1 billion is allocated for development of the agriculture sector such as the Northern Terengganu Integrated Agricultural Development Project, Sabah and Sarawak Irrigation Projects, TEKUN and NKEA projects.
27. An amount of RM300 million is allocated to expand the scope of the Commercial Agriculture Fund to include innovative agriculture projects.
28. To extend the contract farming programme, RM14million is allocated in ensuring sufficient food supply.
32. To continue to implement the Program Perumahan Rakyat (PPR), a sum of RM443 million is allocated for the construction of 8,000 units for sale and 7,000 units to be rented.
34. The Government will allocate a sum of RM63 million to rehabilitate abandoned projects through the Abandoned Housing Rehabilitation Programme.
35. The Government will also allocate RM40 million for the restoration and maintenance of public and private low-cost housing.
36. A sum of RM300 million is allocated to the special Housing Fund for Fisherman to build and refurbish houses with basic infrastructure to the fisherman who do not have fixed income and live in dilapidated houses.
37. To provide quality health services for the rakyat, an amount of RM16.8 billion (RM15 billion for operating expenditure and RM1.8 billion for development expenditure) is allocated to construct and upgrade hospitals.
38. To upgrade Hospital Kuala Lumpur, an amount of RM300 million is allocated where RM50 million of the allocation will be utilised to construct a new outpatient block.
39. To enhance Bumiputra entrepreneurs’ competitiveness, a sum of RM200 million is allocated for the development of Bumiputra entrepreneurs and contractors through the Ministry of Rural and Regional Department.
42. An amount of RM300 million is allocated to TEKUN for micro financing to entrepreneurs particularly for women where RM100 million each is provided for Malaysian, Indian and Chinese entrepreneurs through a special unit under Amanah Ikhtiar Malaysia.
46. The Government will establish MyCreative Venture Capital with an initial fund of RM200 million.
50. The Government will provide RM1 billion for the construction and upgrading of emenities such as multipurpose halls,suraus, drains, small bridges and street lights including repairs of dilapidated houses.
(petikan penulisan Pengerusi JK Ekonomi ANKAD dalam fB ANKAD pd 19 Oktober 2011)

Kerajaan Mesti Tegas Isu Martabat Bahasa Melayu

Apa yang kita pentingkan - antara memartabatkan semula Bahasa Melayu atau meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi PPSMI semula? - sejauhmana penguasaan anak-anak kita di mukim Kerdau dlm penguasaan kedua-dua bahasa ini? Dulu PPSMI diperkenalkan pd tahun 2000, kemudian dihapuskan pd tahun 2009. Itupun setelah rakyat turun ke jalanraya utk memprotes setelah banyak usaha lain digerakkan, nam...un tidak menunjukkan hasilnya. Akhirnya kerajaan akur jua. Bukan sedikit kerugian yg dtangggung. Ganti pula dgn MBMMBI.

Bagaimana anak-anak kita di sekolah2 rendah di mukim Kerdau dlm kedua2 bidang ni? Wajarkah kembalikan semula PPSMI utk majukan anak-anak mukim dlm BI sptmana dituntut oleh sebuah NGO Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE)? Kalau boleh ada warga pendidik dalam ANKAD yang boleh bagi input serta pencerahan ttg kedudukan pelajar2 kita dlm kedua2 bahasa ini.
Ulasan ahli :-
Ahmad Nizam Bin Yusof Koi dulu mase skoloh blajo ilmu hisab (keknye zaman koi matematik) dan sains dlm bahase melayu.... bile masuk pendidikan tahap ketige struggle gek koi nok wat presentation utk bidang statistics te... menyembur air lio dan bunyi agok2 seperti orang asli merungut.... keknye xpedehaje.....
Khairul Parman Zakaria Penguasaan kedua-dua bahasa penting. Bahasa Melayu di mertabatkan tetapi bahasa Inggeris tetap dipelajari. Tidak salah malah kerajaan juga mengalakkan bahasa lain, Bahasa Mandarin umpamanya. Bahasa hanyalah alat untuk berkomunikasi dan kita memahami apa yang diperkatakan. Saya berpendapat anak2 mukim Kerdau didalam pengunaan BM malah BI baik berdasarkan pengalaman saya bersekolah dahulu. Awalnya BI mungkin berterabur tetapi semangat untuk menuntut ilmu menyebabkan penguasaan lebih baik. Bak kata orang putih " Practice make you better". Ayuh Anak Kerdau buktikan kemampuan anda menguasai kedua-dua bahasa.
Mazlan Mohamed Yasin Penguasaan bahasa boleh dikuasai melalui pengaran dan pembeljaran bahasa. Mengajar bahasa melalui pengajaran matametik dan sains bukanlah satu penyelesaian untuk meningkatkan kemahiran bebahasa. Jika pelajar belum mengusai bahasa inggeris adalah menjadi masalah bagi mereka untuk belajar sains dan matematik dlm. bahasa inggeris. Bukan itu sahaja ,guru yang tidak menguasai bahasa inggeris tidak akan mampu menyampaikan pengajran dengan baik.
Ismail Tadj Dari zmn pnjajah hingga la ni, kita dok sibuk pasal BI. Haprak sgt ke BM hingga math & sc kena diinggriskn? dh abis ke ikhtiar kita utk mnjadikn BM LinguaFranca? look stupid ke kita klu berbahasa Melayu? Negara Msia, warga Msia tntu BM yg dimartabatkn. Bahasa2 lain kuasailh seberapa byk yg mmpu kmudian trjemahkn dlm BM. Hargailh jasa2 pjuang kemerdekaan & pjuang bahasa. Msia dh merdekalh.dh 54 thn. Takkn bah pnjajah nk d angkat smula. Dari BI,lebih baik B arab. Dhlh bah AlQuran, bah p Haji Umrah lg.Yg pasti bah Solat lg. Kitakn solat hari2. Faham ke kita mkna2 ayat solat yg dbaca. Henti2lh agung2kn BI. Majukn BM hingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn bahasa2 lain. InsyaAllah.
Khairul Parman Zakaria Adakah dengan menguasai bahasa asing akan hilang kemelayuannya. Adakah menguasai BM akan lebih kemelayuannya. Ini masalah asas yang perlu difahami. Yang penting belajarlah apa jua bahasa dunia asalkan bermenafaat.Di Malaysia, maksud ‘Melayu’ dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu berketurunan Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, serta beragama Islam. Tidak disebutkan mesti berbahasa BI atau Arab. Tetapi sebagai umat Islam bahasa Arab adalah penting. BI adalah juga penting sebagai bahasa ilmu. Termasuk juga bahasa-bahasa lain untuk dipelajari. Kalau mampu menguasai banyak bahasa silakanlah, kalau tidak sememangnya sebagai Melayu mesti tahu bertutur bahasa Melayu.
Ruzaini Abdullah Arshah Ada beberapa kumpulan pelajar yg boleh dikategorikan spt berikut:
1. yang lemah penguasaan bahasa, tiada kaitan dengan mat & sains
2. yang lemah dalam matematik dan sains dengan sebab bahasa
3. yang lemah matematik sains bukan kerana bahasa.
4. yang pandai matematik dan sains tak kira apa bahasa
5. yang pandai matematik dan sains dalam bahasa ibunda (melayu/mandarin/tamil etc)
Persoalan:
1. Adakah setiap kumpulan boleh diggunakan 1 kaedah penyelesaian?
2. Adakah kita ada maklumat jelas majoriti pelajar dalam Kumpulan mana?
3. Adakah perlu pendekatan penyelesaian masalah ikut majoriti?
4. Adakah ada penyelesaian bagi setiap kumpulan?

Ruzaini Abdullah Arshah Martabat Melayu bukan saja terletak pada bahasanya sahaja...
Soalan:
1. Mohon yang lebih arif dapat jelaskan apa itu Martabat?.
2. Apa ciri-ciri (kriteria) Melayu yang dikatakan mempunyai martabat yang tinggi?
3. Bagaimana kita nak capai ciri-ciri tersebut?
Lebih banyak soalan dari jawapan, harap maaf.

Ruzaini Abdullah Arshah Kajian terperinci perlu dibuat, dan bukan hanya dengan andaian dan rasa sahaja.
Ismail Tadj namany sj sudah alternatif. buat apa dhalang. slama ni pun sklh cina tamil inggeris mggunakn bah. ibunda msing2. xada masalh pun. tapi bila PPSMI dikebangsaankn, itulh masalh. Ia bukan sj tlh mnyalahi prlembagaan negara mlh mghasilkn kegagaln. Yg dikejar x dpt, yg d kendong brcicirn. Apa yg sy x faham, knapa kita x mau mgakui semua bah. ddunia adalh bahasa ilmu. kenapa BI? Bukan Jerman, Rusia, Cina,Jepun,Perancis,Arab,Melayu,Tamil, Korea dll. Waktu eropah zaman kegelapn, bah Arab ditrjemahkn k dlm BI. DITERJEMAHKN BUKAN DI PPSMArab. Jepun tlh hancur sehancur2ny dlm peperngn tapi mereka terus maju semaju2ny dlm bahasa mereka. Begitu juga Jerman, Perancis, Korea.Tuntutlh ilmu hingga ke negara cina dgn mnguasai bah. Cina. Moga2 bangsa lain menuntut ilmu d Msia dgn brbahasa Melayu/Malaysia. Aaminnn.
Mazlan Mohamed Yasin Sangat bersetuju dengan pandangan Sdr Ismail Tadj.dalam soal menjadikan BM sebagai bahasa akademik kita mesti mempunyai keyakinan kepada keupayaan Bahasa Ibunda kita. Banyak usaha telah dibuat sebelum ini termasuk oleh DBP.Kenapa perlu dihentikan sekerat jalan. Banyak pandangan telah diberikan oleh pakar-pakar bahasa dan liguistik khususnya dalam ketidakwaharan PPSMI tapi pandangan mereka diketepikan.
Fakhrul Anuar Zulkawi Saya dan ramai ibubapa lain yg mahu memartabatkan pendidikan Islam menghantar anak-anak kami ke SRI & SMI Swasta di bwh rangkAian MUSLEH/IKRAM walaupun bukan semuanya berpendapatan tinggi. Yg tinggi pd kami ialah semangat utk melihat anak-anak dididik di bawah falsafah dan persekitaran pendidikan Islam yg tinggi. Setiap bulan kami keluarkan tidak kurang dr RM200 hingga RM500 bg seorang anak (contoh SRI Al-Amin Bangi RM250 sebulan & SMI Hira' Klang RM450 sebulan). Ini belum masuk buku2 teks n lain2 kos pengajian. Begitu juga semangat yg ada pd orang2 Cina yg mahukan budaya mereka terus dipelihara melalui bahasa, mereka sanggup mempertahankan sekolah2 mereka ttp oleh kerana sokongan ekonomi mereka begitu kuat, mrk boleh berjaya selain dpt peruntukan kerajaan. Cuba kita tengok SRJK Kerdau sbg contoh. Malah org Melayu pula semakin ramai htr anak2 ke SRJK.
Fakhrul Anuar Zulkawi Dlm konteks ini, kerajaan mesti jelas kenapa BM perlu dimartabatkan dan BI perlu diperkasakan. Sebab itu saya setuju dasar MBMMBI diteruskan menggantikan PPSMI demi menjayakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu sbg pengantar ilmu dan integrasi nasional sehingga ke peringkat universiti. Dlm masa yg sama BI terus diperkasakan menerusi kaedah pengajaran n latihan guru. Bagi mereka yang mahukan pilihan, boleh masuk kemana2 sekolah swasta yg lain yg boleh menyediakan apa2 yg dihajati oleh ibubapa. Dan kerajaan beri geran pd sekolah2 swasta bg menampung perbelanjaan. Ini membuka pilihan pd ibubapa2 dan persatuan2 yg membuat tuntutan. Namun, dasar di sekolah2 kebangsaan yg telah diperakui oleh perlembagaan negara (termasuk Perkara 152 n 153) tidak wajar digadaikan bg memenuhi tuntutan mereka ini. Cuma realitinya, BM sudah dipinggirkan sejak lama lagi, sbb itu ianya perlu kpd satu keazaman politik yg baru n kukuh.
Smk Kerdau Temerloh Pahang SPM 2010 % BM - 82%. kite bgelut dgn martabatkan BM... BI - 62% tiada A... jadi saudara Fakhrul Anuar Zulkawi ... ape yg nk dicapai dlm PPSMI di Smk Kerdau Temerloh Pahang.... ilmu diperolehi @ penguasaan BI? Dapatkah yang dikejar???? bagaimana pula dengan kendongan???? .. Anak2 menengah atas (tingkatan 4 5) perlu dipujuk untuk belajar...!!!
Fakhrul Anuar Zulkawi Bahasa sangat penting. Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai bahasa pengajaran ilmu atau bahasa pengantar. Penguasaan bahasa sgt penting utk menguasai bidang ilmu2 yg lain.

(petikan perbincangan ahli-ahli ANKAD di dalam fB ANKAD bermula 30 Oktober 2011)

PRODUCE - Kumpulan Pertama 2011







Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE) Kumpulan Pertama. Mudah2an mereka semua berjaya ke menara gading menjelang 2014 dan seterusnya inshaAllah.

Kertas kerja projek ini bakal dibentangkan kepada pihak sekolah, PIBG serta pemimpin-pemimpin mukim dan masjid-masjid mukim. Semoga mendapat sokongan padu semua pihak inshaAllah.

(penulisan Timb Pengerusi ANKAD yg keluar dlm fB ANKAD pada 5 November 2011)

Seksualiti Merdeka Perosak Akhlak & Akidah


Program "Seksualiti Merdeka 2011" perosak akhlak dan akidah kerana menuntut kebebasan mengamalkan seks di luar tabii seperti homoseksual, biseksual dan transeksual.

Gambar ini bukan patung buatan manusia, ini adalah "bangkai manusia" yg Allah pelihara untuk ditunjukkan kpd kita sbg iktibar....antara sisa di Kota Pompeii, Italy yg telah diturunkan bala oleh Allah akibat perbuatan mereka....perbuatan yg sekarang ini cuba dimartabatkan oleh mereka yg berselindung di sebalik Hak Kebebasan Asasi.

ANKAD MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PROGRAM INI !!!!
(petikan pandangan Pengerusi ANKAD yang keluar dlm fB ANKAD pd 3 November 2011)

Media Baru Tidak Menggugat?

03-11-2011 Salam semua rakan FB ,waris-waris saya dan semalam saya diajukan pandangan begini "media baru di maya ini masih tidak menggugat sesiapa apatah lagi tidak ramai yang ambil peduli ..katanya apatah lagi di kampung-kampung..ada orang politik tak gusar apa-apa keluhan rakyat dalam media baru ini....apa pandangan rakan-rakan semua ?...

(pandangan Sdr Musani Lipat Kajang yang keluar dlm fB ANKAD pada 3 November 2011)